KAJANG: Niat seorang remaja membantu ayahnya pada hujung minggu berakhir tragedi apabila dua beranak itu lemas di kolam takungan di Taman Cahaya Sungai Chua di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada kira-kira 2 petang itu, bot dinaiki Mohd Adnan Johdi, 50, serta dua anak lelakinya Hakimi, 15, dan Mohamad Mustaqkim, 17, terbalik ketika mereka melakukan kerja membersihkan kolam takungan tersebut, namun Mohamad Mustaqkim terselamat.
Mohamad Mustaqkim berkata mereka bertiga membuat kerja membersihkan kolam takungan tersebut sejak pukul 11 pagi.
"Kami melakukan kerja mengutip sampah dan memotong daun teratai yang diletakkan di dalam perahu (bot) yang kami naiki sebelum ia semakin berat dan tenggelam. Saya hanya sempat melihat ayah cuba menyelamatkan adik yang tidak pandai berenang, sebelum saya berenang ke tepi kolam," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian.
Suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian apabila mayat kedua-dua mangsa ditemui.
Turut kelihatan anak perempuan dan isteri Mohd Adnan yang menangis ketika melihat mayat bapa kepada 10 orang anak itu dibawa ke tebing kolam oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.
Difahamkan Mohd Adnan merupakan kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembersihan kolam berkenaan.
Sementara itu, Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata mayat Mohd Adnan ditemukan kira-kira lima kilometer dari lokasi bot mereka tenggelam pada 5.12 petang, manakala mayat Hakimi ditemukan kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian pada 6.56 petang.
Norazam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 2.15 petang.
"Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) menggunakan teknik grappling iron bagi mengesan dua mangsa tersebut dalam kolam takungan dengan kedalaman 30 meter," katanya.
Menurutnya kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke Hospital Kajang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022
Bot dinaiki dua beranak itu terbalik ketika mereka melakukan kerja membersihkan kolam takungan tersebut. - Gambar/ JBPM
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Pemimpin lebih muda mampu ubah masa depan negara - Tun M
Menurut Mahathir, pemimpin sekarang tidak berpengalaman dalam mentadbir negara, tidak manfatkaan sumber negara sebaiknya, dan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan baik.
HUAWEI tawar teknologi pengurusan bencana
Huawei menawarkan kepakaran kepakaran mereka dalam Sistem Pengurusan Bencana , Amaran Awal Bencana dan Sistem Pemantaun Banjir.
Polis buru lelaki kes samun bersenjata tular di FB
Polis sedang giat memburu seorang lelaki terlbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong di Ipoh, pada Rabu.
Lelaki warga emas ditemukan lemas dalam longkang
Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar.
Penyelam ditemui mati lemas terbelit tali hos oksigen
Sebelum kejadian, dua pekerja terbabit turun ke dasar laut untuk membuat tanda pada besi kapal karam yang ingin dipotong.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.
Budak autistik ditemukan lemas jatuh Sungai Skudai
Mangsa ditemukan oleh anggota unit PPDA pada jarak 130 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dengan kedalaman empat meter.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Lelaki ditemukan lemas di Pantai Tanjung Balau
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas hilang ketika bermandi- manda di Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi hari ini.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Tragedi jala ikan: Mayat isteri ditemukan, anak bongsu masih hilang
PDRM mengesahkan mayat wanita yang terbabit dalam tragedi lima sekeluarga yang dihanyutkan arus deras ditemukan pada Isnin.